Pages

Betol ke ni? Bagaimana Hendak Buat Origami Anda Sendiri

Betol ke ni??? Tahukah anda bahawa sehelai kertas boleh dilipat menghasilkan bentuk dan binaan. Seni melipat kertas dipanggil Origami. Seni origami ini sudah begitu terkenal semenjak dulu lagi sehinggalah sekarang. Perkembangannya bermula dari cara tradisional hinggalah ke teknologi baru (antaranya ialah Sistem Penggambaran Sistemastis berbentuk diagram).



Origami sebenarnya bermula di negeri China pada tahun 100SM oleh Ts’ai Lun. Ts’ai Lun adalah seorang hamba di Istana China.  Perkembangan seni origami ini kemudiannya mula berkembang.

Pada tahun 600SM mula berkembang ke Jepun.  Seorang sami Buddha bernama Dokyo( Donch´o)  yang merupakan doktor peribadi bagi Ratu Suiko, iaitu pemerintahan kaisar wanita pada zaman Asuka. Beliau telah membawa seni melipat ini ke Jepun. Pada abad ke 6 itu jugalah orang-orang Arab yang datang ke China membawa seni melipat kertas ini ke Sepanyol. Mereka memperkenalkan model origami berbentuk geometrik.

Manakala pada tahun 1797, sebuah buku tua origami telah diterbitkan bertajuk ‘ Senbazuru Orikata’ yang bermakna ‘ Bagaimana Melipat 1000 Burung undan/Jenjang/Orizuru’.  Semasa itu origami dikenali sebagai orikata dalam Bahasa Jepun.


p/s: Gambar hanyalah hiasan semata-mata, tapi kalau nak try boleh juga... hehehe

sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved Betolkeni.blogspot.com