Betol ke ni??? Akhirnya Piala FA 2012 milik pasukan The Red
Warriors setelah menewaskan Sime Darby 1 gol 0 pada perlawanan akhir yang
berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil
Babak pertama menyaksikan Sime Darby berjaya
membantutkan asakan Kelantan,corak permainan bertahan Sime Darby berjaya
mengikat keputusan tanpa gol sehingga tamat separuh masa pertama
Namun,di separuh masa kedua,Kelantan mengandakan
asakan sehinggakan jentera pertahanan Sime Darby menjadi kucar-kacir.Begitu pun
gol Kelantan hadir menerusi jaringan penalti Mohammed Ghaddar pada minit
58,Sepakan penalti dihadiahkan pengadil perlawanan apabila Obina Nwaneri
ditolak dalam kawasan penalti ketika cuba menandukan bola hantaran Indra Putra
Gol jaringan Ghaddar mencetuskan semangat baru untuk
Kelantan untuk terus memburu gol.Serangan demi serangan dilakukan,diiringi
sorakan puluhan ribu penyokong The Red Warriors
Tetapi Sime Darby tidak mudah mengalah dan menangkis
asakan Kelantan sehingga tamat 90 minit permainan
Kejayaan Kelantan menjulang Piala FA 2012,lebih
manis lagi tatkala musim ini merupakan Piala baru yang diperkenalkan oleh
FAM.Untuk rekod 5 tahun perlawanan akhir piala Fa,Kelantan layak ke final pada
tahun 2009 dan 2011
Pada tahun ini,mereka berjaya merealisasikan impian
untuk menjulang Piala yang didambakan oleh penyokong dan rakyat
Kelantan.Tahniah Kelantan.
No comments:
Post a Comment