Betol ke ni??? “KALAH kepada Kelantan hanya dengan sepakan penalti
cukup menaikkan semangat kami untuk terus mencapai kejayaan di pertandingan
lain," kata ketua pasukan Sime Darby, Es Lizuan Zahid Amir selepas
dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional
Bukit Jalil, malam tadi. “Seperti yang kami cakap sebelum ini, kami tidak ada
sebarang kerugian sekiranya tewas kepada Kelantan dan ia dapat menaikkan lagi
semangat pasukan untuk cuba meraih kejayaan lain,” katanya.
LIZUAN (kiri) cuba menghalang pemain Kelantan
Muhamad Ghaddar, malam tadi.
Katanya, dia bersyukur kerana Sime Darby, pasukan
berstatus kelab melakar sejarah tersendiri mara ke final.
“Walaupun tewas, saya cukup bangga dengan prestasi
yang dipamerkan semua pemain dan komitmen yang ditunjukkan pihak pengurusan
yang sentiasa memberikan sokongan kepada kami.”
Katanya, usaha yang ditunjukkan semua pemain cukup
bagus dan memberikan saingan kepada Kelantan meskipun menyedari lawan adalah
pasukan yang kuat.
Mengenai dirinya yang dinobatkan pemain terbaik
perlawanan akhir itu, katanya, dia sama sekali tidak menyangka dipilih sebagai
pemain terbaik.
“Ia satu anugerah yang cukup bermakna kepada saya
selepas cedera selama tiga bulan dan hanya bermain pada aksi separuh akhir
menentang Terengganu. Saya cukup gembira dengan anugerah pemain terbaik ini.”
No comments:
Post a Comment