Pages

Betol ke ni??? Kelantan juara piala FA 2012


Betol ke ni??? Akhirnya Piala FA 2012 milik pasukan The Red Warriors setelah menewaskan Sime Darby 1 gol 0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil
Babak pertama menyaksikan Sime Darby berjaya membantutkan asakan Kelantan,corak permainan bertahan Sime Darby berjaya mengikat keputusan tanpa gol sehingga tamat separuh masa pertama



Namun,di separuh masa kedua,Kelantan mengandakan asakan sehinggakan jentera pertahanan Sime Darby menjadi kucar-kacir.Begitu pun gol Kelantan hadir menerusi jaringan penalti Mohammed Ghaddar pada minit 58,Sepakan penalti dihadiahkan pengadil perlawanan apabila Obina Nwaneri ditolak dalam kawasan penalti ketika cuba menandukan bola hantaran Indra Putra

Gol jaringan Ghaddar mencetuskan semangat baru untuk Kelantan untuk terus memburu gol.Serangan demi serangan dilakukan,diiringi sorakan puluhan ribu penyokong The Red Warriors
Tetapi Sime Darby tidak mudah mengalah dan menangkis asakan Kelantan sehingga tamat 90 minit permainan

Kejayaan Kelantan menjulang Piala FA 2012,lebih manis lagi tatkala musim ini merupakan Piala baru yang diperkenalkan oleh FAM.Untuk rekod 5 tahun perlawanan akhir piala Fa,Kelantan layak ke final pada tahun 2009 dan 2011
Pada tahun ini,mereka berjaya merealisasikan impian untuk menjulang Piala yang didambakan oleh penyokong dan rakyat Kelantan.Tahniah Kelantan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved Betolkeni.blogspot.com