Pages

Betol ke ni??? Tanggalkan Make up selepas 2 tahun

Betol ke ni??? Doktor mengesyorkan wanita untuk menanggalkan make-up setiap malam sebelum tidur, untuk mengelakkan kerosakan pada kulit mereka. Tetapi situasi berbeza berlaku di Korea Selatan apabila seorang gadis muda memilih untuk memakai make-up sepanjang masa, semenjak 2 tahun yang lepas.


Gambar kiri dengan make-up dan gambar kanan tanpa make-up

Bea Dal Mi seorang gadis yang berusia 20 tahun yang belajar menggunakan make-up semenjak berumur 14 tahun lagi. Sejak daripada itu, dia menjadi semakin obsesi dengan make-up sehingga tidak mahu untuk menanggalkannya. Cermin juga merupakan sebahagian daripada hidupnya kerana dia suka melihat cermin. "Saya ingin untuk dilihat sempurna setia masa. Saya tidak berpuas hati dengan rupa saya sekarang". kata Bae Dal Mi. Malah dia juga mahu membuat pembedahan plastik pada 10 tempat yang berbeza di mukanya.

Ibu kepada gadis muda ini merasa takut dengan gelagat anaknya lalu menghubungi sebuah stesen televisyen dan memberitahu mereka kisah yang luar biasa ini. Doktor mendapati kulit gadis ini 2 tahun lebih tua berbanding umur sebenar. semuanya kerana terlalu obsesi dengan kecantikan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved Betolkeni.blogspot.com